AGROBANK MERSING DI SK TENGLU

Apakhabar semua,

Hari ini 03 Julai dan esok 04 julai 2009 Agrobank mersing mengadakan pameran di SK Tenglu Mersing sempena hari terbuka sekolah tersebut. Agrobank mengadakan promosi simpanan di mana murid-murid sekolah yang membuka akaun baru akan mendapat sebuah tabung kelapa mawar percuma. Ianyan bagi menggalakkan anak-anak kita menabung.

Promosi pinjaman untuk guru-guru juga diadakan. Bagi menambahkan kemeriahan pameran ini pihak kami turut mengadakan peraduan meneka kacang di dalam balang di mana hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada para pengunjung.

Agrobank akan terus mengadakan promosi di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam di sekitar kawasan Mersing dan jika anda berminat menjemput Agrobank ke tempat anda sila hubungi pihak kami.

Kami akan pergi ke mana saja anda berada selaras dengan motto kami sentiasa di sisi anda.