PEMBIAYAAN PERIBADI KAKITANGAN KERAJAAN

Apakhabar semua
Semoga ceria di musim tengkujuh ni.
Bagi cikgu-cikgu selamat bercuti panjang dan beristirehat.Cutilah di dalam negara untuk sama-sama membantu menjana ekonomi Malaysia.
Agrobank Mersing akan terus memberikan Pembiayaan Peribadi AGROCASH -I kepada kakitangan kerajaan. Walau bagaimanapun bayaran balik bulanan telah berubah berbanding tempoh promosi yang tamat pada 30.11.2009 yang lalu. Tapi kadar kami masih antara yang terendah di pasaran. Kadar bayaran adalah seperti di sebelah blog ini.
Jumpa kami segera untuk pembiayaan peribadi terutamanya untuk persiapan persekolahan anak-anak tak lama lagi ni.
bye
Jumpa lagi

PINJAMAN MEMBELI TANAH ( HARTANI - i) SEHINGGA 20 TAHUN

Selamat berjumpa lagi,

Hari ini saya berikan info tentang kemudahan pinjaman untuk membeli tanah pertanian bagi memudahkan anda semua memiliki tanah dan bergiat dalam aktiviti asas tani.

TUJUAN PINJAMAN
Membeli Tanah Pertanian

HAD PINJAMAN
Sehingga RM 200,000.00

TEMPOH PINJAMAN
Sehingga 240 bulan (20 tahun)

KADAR KEUNTUNGAN BANK
2.5% + KABP Agrobank

SIAPA LAYAK MEMOHON?
  • Individu warganegara Malaysia
  • Berumur 21-60 tahun
  • Kakitangan Kerajaan/Swasta yang telah disahkan jawatan
  • Individu yang berpendapatan stabil (jika bukan kakitangan kerajaan/swasta)
  • Berpendapatan tetap bulanan tidak kurang RM 1,500 (kerajaan) dan RM 2,000 (swasta).
CAGARAN/JAMINAN
  • Tanah Yang Dibeli (Tertakluk pada nilai paksa bank)
  • Lain-lain cagaran yang sesuai
Pinjaman ini sangat istimewa berbanding dengan lain-lain pinjaman kerana tempoh pinjaman adalah panjang iaitu sehingga 20 tahun. Tambahan pula kadar faedah adalah tetap sepanjang tempoh pinjaman kerana pembiayaan ini secara islamik (Al Bai Bhitaman Ajil).

Bagi anda di sekitar Mersing yang berminat memiliki hartanah melalui skim HARTANI-i ini segeralah hubungi kami. Sebagaimana yang anda tahu membeli tanah merupakan satu pelaburan jangkapanjang yang tidak merugikan berbanding membeli aset lain seperti kenderaan, saham dll.

Jumpa lagi

AGROBANK MERSING DI SK TENGLU

Apakhabar semua,

Hari ini 03 Julai dan esok 04 julai 2009 Agrobank mersing mengadakan pameran di SK Tenglu Mersing sempena hari terbuka sekolah tersebut. Agrobank mengadakan promosi simpanan di mana murid-murid sekolah yang membuka akaun baru akan mendapat sebuah tabung kelapa mawar percuma. Ianyan bagi menggalakkan anak-anak kita menabung.

Promosi pinjaman untuk guru-guru juga diadakan. Bagi menambahkan kemeriahan pameran ini pihak kami turut mengadakan peraduan meneka kacang di dalam balang di mana hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada para pengunjung.

Agrobank akan terus mengadakan promosi di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam di sekitar kawasan Mersing dan jika anda berminat menjemput Agrobank ke tempat anda sila hubungi pihak kami.

Kami akan pergi ke mana saja anda berada selaras dengan motto kami sentiasa di sisi anda.

ALBUM AKTIVITI AGROBANK BERSAMA PELANGGAN





Pelanggan Bertuah memenangi hadiah pertama ANUGERAH PATRIOTIK dari AGROBANK MERSING. Pemenang adalah penyimpan setia Agrobank dari dulu kini dan selamanya. TAHNIAH.





WELCOME TO AGROBANK MERSING

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Apakhabar semua
Semoga sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini Agrobank Mersing melancarkan blog ini bertujuan menjalin hubungan erat dengan anda semua. Ianya akan menjadi wadah penyebaran maklumat terkini khusunya mengenai prouk-produk kami yang terkini dan perlu anda miliki. Tidak kira siapa anda kami akan cuba memberikan yang terbaik kerana sesungguhnya AGROBANK SENTIASA DI SISI ANDA.
Pelbagai info dan produk terkini kami meliputi PINJAMAN, SIMPANAN,INSURAN,LAIN-LAIN KEMUDAHAN akan dimaklumkan kepada anda di blog ini. Oleh itu selalu-selalulah datang kesini. Sebarang pertanyaan Pinjaman, Simpanan, Insuran, Aduan dan sebagainya sila emailkan kepada saya di agrocash@gmail.com

JUMPA LAGI
Manager