PINJAMAN MEMBELI TANAH

Selamat berjumpa lagi,

Hari ini saya berikan info tentang kemudahan pinjaman untuk membeli tanah pertanian bagi memudahkan anda semua memiliki tanah dan bergiat dalam aktiviti asas tani.

TUJUAN PINJAMAN
Membeli Tanah Pertanian

HAD PINJAMAN
Sehingga RM 200,000.00

TEMPOH PINJAMAN
Sehingga 240 bulan (20 tahun)

KADAR KEUNTUNGAN BANK
2.5% + KABP Agrobank

SIAPA LAYAK MEMOHON?
  • Individu warganegara Malaysia
  • Berumur 21-60 tahun
  • Kakitangan Kerajaan/Swasta yang telah disahkan jawatan
  • Individu yang berpendapatan stabil (jika bukan kakitangan kerajaan/swasta)
  • Berpendapatan tetap bulanan tidak kurang RM 1,500 (kerajaan) dan RM 2,000 (swasta).
CAGARAN/JAMINAN
  • Tanah Yang Dibeli (Tertakluk pada nilai paksa bank)
  • Lain-lain cagaran yang sesuai
Pinjaman ini sangat istimewa berbanding dengan lain-lain pinjaman kerana tempoh pinjaman adalah panjang iaitu sehingga 20 tahun. Tambahan pula kadar faedah adalah tetap sepanjang tempoh pinjaman kerana pembiayaan ini secara islamik (Al Bai Bhitaman Ajil).

Bagi anda di sekitar Mersing yang berminat memiliki hartanah melalui skim HARTANI-i ini segeralah hubungi kami. Sebagaimana yang anda tahu membeli tanah merupakan satu pelaburan jangkapanjang yang tidak merugikan berbanding membeli aset lain seperti kenderaan, saham dll.

Jumpa lagi