TABUNG UNTUK MAKANAN (3F)

JENIS-JENIS PROJEK YANG LAYAK
 
Jika anda sedang menjalankan aktiviti berikut anda layak memohon pinjaman untuk membesarkan projek anda:-

a) TERNAKAN

  • Lembu/Kambing/Kerbau/Biri-biri/ Rusa/Arnab/
  • Ayam /Itik/Puyuh/Burung Unta/Lebah madu

b) TANAMAN
  • Sayuran/Teh/Pisang/Jambu/Tembikai/ Betik/Nenas/Mangga/Tebu/Kopi/Koko/
  • Belimbing /Salak/Padi/Roselle/Pitaya

c) TANAMAN MAKANAN TERNAKAN
  • Jagung/Ubi Kayu/Keledek

d) TANAMAN BAHAN PERASA
  • Serai Wangi/Kesum/Pandan

e) PERIKANAN
  • Penangkapan Ikan di Pesisir Pantai
  • Penangkapan Ikan Laut Dalam
  • Ternakan Dalam Sangkar
  • Ternakan Ikan Air Tawar dan Air Payau
  • Ternakan Udang
  • Pembenihan Ikan, Ketam dan Kerang

f) BIOTEKNOLOGI
  • Ramuan Makanan
  • Makanan Ternakan
  • Tisu Didik/Benih dan Baka

BERAPAKAH HAD PINJAMAN
RM 10 ribu sehingga RM 10 juta.

TEMPOH PINJAMAN
  • Sehingga 10 tahun
SKOP PEMBIAYAAN

  • Pengeluaran Makanan
  • Pemerosesan Makanan
  • Pemasaran Makanan

KADAR FAEDAH
3.75 % dikira atas baki bulanan

CAGARAN/JAMINAN
Tanah tapak projek atau lain-lain cagaran

SIAPA LAYAK MEMOHON
  • Individu
  • Perkongsian
  • Syarikat Sdn Bhd
Bagi syarikat hendaklan bersatus hak milik warganegara Malaysia (pegangan saham >51%)
Bagi penduduk Mersing dan kawasan berhampiran, Agrobank Mersing sentiasa menanti kedatangan anda untuk memperolehi pinjaman tersebut. Jika ada mana-mana badan, persatuan, kelompok yang inginkan penerangan lanjut, pihak kami sedia memberikan taklimat dan penerangan percuma kepada anda semua. Jangan malu dan segan untuk menghubungi kami.